Resepi Kerepek Daun Bayam | Pertama kali umi makan kerepek daun bayam ni ada dalam 25 tahun ke lebih tah sudah bila jiran umi yang berasal dari Sarawak bagi. Memang sedap sangat dengan rasa rempah dan pastinya rangup. Kalau tak silap dia ada bagi tahu ramuannya tapi dah lupa-lupa ingat sebab dulu umi bukan suka memasak sebab sibuk bekerja.
Bila dah rasa sedap tu, walau tak berapa minat memasak dan jarang memasak, terasa nak mencuba resepi jiran tapi terus jatuh cinta kali kedua. Nama jiran ni Fatimah, umi panggil kak Timah dan dia pula ada 3 anak, dan suami dia pula bekerja di Kementerian Pendidikan sama macam bapa Alif Satar yang juga jiran sebelah rumah umi dulu.
Bahan-Bahan:
500gm sayur bayam | ambil daun sahaja
100gm tepung beras
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Rendam daun bayam yang telah diasingkan dari batang. Basuh daun bayam hingga bersih dan rendam dengan air kapur dalam 5-7 minit. Toskan dan ketepikan. Daun bayam ni suka lekat pasir, kalau tak basuh bersih nanti memang sakit hati dengan pasir atau selut yang melekat.
2. Dalam sebuah bekas, satukan tepung beras, bawang putih, jintan manis, jintan putih, dan air.
3. Adun hingga sebati supaya jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Perasakan dengan garam secukupnya.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celup daun bayam ke dalam adunan tepung dan terus goreng di dalam minyak panas.
6. Setelah garing, angkat dan tos. Ulang proses hingga semua daun bayam disaluti tepung.
1 Ulasan
benda yang remeh gini tak rajin dana buat kak... tp makan suka lah heheheh
BalasPadam