Resepi Sup Perut Lembu Ringkas, Mudah Dan Sedap

Resepi Sup Perut Lembu Ringkas, Mudah Dan Sedap | Memang umi rindu masakan bonda dan antaranya sup perut lembu yang sedapnya tak boleh nak cerita.  Lazimnya orang buat perut lembu ni untuk masak lemak cili api, kerabu perut dengan taugeh, perut cicah asam dan banyak lagi.


Umi pasti ramai tak pernah mencuba buat sup ala bonda umi buat ni sebab selalunya perut dijadikan sup untuk makan dengan bihun utara tapi sup tu lain sebab ianya berempah. Sup perut lembu ala bonda ni langsung tak guna rempah dan masam-masam, jadi kalau selesema dan rasa nak demam tu, pasti rasa sedap sebab boleh rasa lega.


Jom cuba resepi umi yang super mudah tu

Resepi Sup Perut Lembu Ringkas, Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan

500 gm perut, dicuci bersih

5 biji cili api Thai, diketuk

1 biji tomato, dipotong baji

Daun kesum

Akar ketumbar (optional)

Garam secukup rasa

Daun ketumbar dihiris untuk hiasan

Sos ikan

sedikit jus limau kasturi


Bahan untuk ditumbuk

4 biji bawang putih 

2 cm halia 

2 biji bawang merah 


Resepi Sup Perut Lembu Ringkas, Mudah Dan Sedap


Cara memasak :

1. Perut lembu yang telah dicuci, direbus hingga lembu bersama asam gelugur bagi menghilangkan bau hamis. Bila dah lembut, tutup api dan toskan. Bila dah sejuk, boleh lah dipotong ikut kesukaan.


2. Bila dah kekuningan, masukkan perut lembu dan tambahkan air secukupnya. Air tu biar menutupi perut lembu.


3. Masukkan akar ketumbar dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan daun kesum, cili api, sos ikan dan jus limau kasturi. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili. 


4. Masukkan tomato, renih dengan api sederhana hingga mendidih dan tutup api


4. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap


Nota :

Daun ketumbar akan menghilangkan bau hamis perut dan menyedapkan sup dan sekiranya tak suka, boleh lebihkan daun kesum ke dalam sup. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Balasan
    1. cuba la Dana...bonda akak mmg buat sup perut gini dan mmg sedap pada selera kami

      Padam
  2. perut lamanya x mkn
    biasa buat kerabu
    buat sup blm penah lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba la cik Nor, sedap sebab ada rasa pedas cili api dan sesekali tu buat sup tanpa rempah ratus ni dan mmg ni favorite kami adik beradik dan anak2 saya sekarang ni

      Padam