Resepi Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Sup Kaki Ayam Sedap | Dulu umi kurang minat dengan kaki ayam ni, mana taknya bila di lihat, masakan dengan kaki ayam yang sering dijual tu tidak dipotong jari-jarinya yang panjang malah ada yang tidak dibuang langsung hingga menampakkan kuku. Tapi bila umur makin meningkat, teringin nak buat sendiri dan bila Cik Meya ni cukup suka dengan kerabu kaki ayam.


Memandangkan sup kaki ayam ni menjadi kesukaan anak-anak, DH akan beli extra kaki ayam ni dan umi akan potong jari-jari tu hingga pendek dan dicuci bersih. Memang berlemak kaki ayam ni  dan sumber makanan yang murah, tetapi kaya dengan kandungan khasiat terutamanya kolagen yang tinggi yang baik untuk kulit serta boleh mencantikkan kulit.


sup kaki ayam
Resepi Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Sup Kaki Ayam Sedap


Bahan-bahan:

10 ketul kaki ayam, dipotong bahagian jari dan dicuci

1 sup bunjut Adabi

3 bii kentang, dibelah 4

2 batang lobak merah, dipotong

11/2 sudu serbuk lada hitam

2 kiub ayam 



Bahan untuk ditumis

3 ulas bawang merah, ditumbuk

3 ulas bawang putih, ditumbuk

1 inci halia diketuk

1 inci kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

air secukupnya




Bahan hiasan

daun sup dan daun bawang, dihiris




Cara membuatnya:


  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan sup bunjut hingga naik wangi. Masukkan kaki ayam, kacau hingga sebati dan masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk sup dan kiub ayam. Renih sampai kaki ayam empuk dan lembut.

  • Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan dimasak hingga lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun sup adn daun bawang yang dihiris. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan dimakan dengan nasi panas-panas


Antara resepi sup yang boleh cuba antaranya :

Catat Ulasan

0 Ulasan