Resepi Pecal Jawa Sedap Dan Mudah | Selain nasi ulam utara yang wajib dibuat, Pecal Jawa yang dulunya dibuat bonda pun jadi juadah setiap Ramadan. Entahlah dah jadi macam sesuatu sajian istimewa walau Pecal ni terkadang tu dibuat juga bila bukan bulan Ramadan bila draving mendatang.
Ada sesetengah resepi, kuah pecal ini digoreng selepas dikisar tapi umi tak goreng sebab pecal sedap ni alkononya menu diet tapi kena ingat sesiapa yang tinggi asid urik tu kenalah berjaga jangan terlebih makan.
Cukup mudah menu bonda dan sesuai buat yang nak diet ala Melayu. Jom cuba kot menepati selera
Bahan A
20 tangkai cili kering
2 genggam kacang tanah, disangai
1 inci belacan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ketul gula kabung
garam secukupnya
1/2 mangkuk jus asam jawa
Bahan B
2 keping tempe
2 keping tauhu
4 urat kacang panjang, dipotong 1 inci
1 ikat pucuk ubi kayu
1 ikat pucuk paku
sedikit taugeh
Resepi makanan Jawa - Sambal Goreng Jawa Dengan Santan
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan goreng cili kering. Toskan
2. Sangai bawang merah, bawang putih hingga layu. Belacan dibakar, jangan sampai hangit. Sangai kacang tanah hingga kekuningan.
3. Tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, gula kabung hingga lumat dan masukkan garam secukupnya. Tumbuk kacang tanah, jangan terlalu halus.
4. Lumur garam dan kunyit pada tempe dan tauhu, kemudian digoreng. Biarkan sejuk kemudian dihiris kecil.
5. Campurkan bahan A kedalam bekas bersama jus asam jawa. Gaul sampai jadi pes, jangan terlalu pekat.
6. Satukan sayuran yang direbus (bahan B), ke dalam bekas berisi pes pecal, gaul biar sebati dan mesra. Tambah garam sekiranya perlu. Siap
0 Ulasan