Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan Yang Sedap Dan Mudah

Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan Yang Sedap Dan Mudah | Rendang di Malaysia ni memang ada pelbagi versi antaranya rendang Tok, rendang minang, rendang hitam, rendang yang dimasukkan kerisik dan tidak, rendang menggunakan serbuk rempah dan sebagainya dengan pelbagai citarasa.

Boleh baca di SINI untuk pelbagai resepi rendang yang boleh dicuba



Bahan-bahan

1 ekor ayam

2 helai daun kunyit

1 cawan santan pekat

3 keping asam keping

1 sudu gula 

Garam secukup rasa


bahan dikisar

20 tangkai cili api hijau dan merah

3 tangkai cili hijau

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

5 batang serai

1 inci kunyit hidup


cara membuatnya:

  • Masukkan cili api, bawang, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai ke dalam pengisar dan dikisar sehingga halus. 
  • Masukkan semua bahan-bahan dikisar bersama ayam ke dalam kuali, digaul hingga sekata dan masak. Tambah air supaya isi ayam dapat mesra dengan bahan yang dikisar
  • Pastikan dimasak dengan api sederhana dan dikacau sekali sekali supaya isi ayam atau masakan tidak melekat di dalam kuali.
  • Bila ayam nampak dah masak, masukkan santan serta garam secukupnya. Kalau bimbang rendang terlalu pedas, boleh masukkan sedikit gula tapi untuk rendang selalunya saya tidak masukkan gula sebab saya lebih suka rasa manis dari bawang besar dan isi ayam itu sendiri.
  • Masukkan asam gelugur dan kacau hingga santan sebati dan mesra dengan ayam di dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi agak kering  dan taburkan hirisan daun kunyit dan gaul sekata.
  • Biarkan seketika dan bolehlah matikan api dapur. Siap!

Selamat mencuba

Catat Ulasan

0 Ulasan