Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sedap Dan Mudah | Hidangan yang cukup diminati oleh anak-anak terutama Angah Ammar Razi yang sememangnya peminat ikan pari tapi ada orang kata ikan pari ni tidak berapa elok dimakan selalu sebab mengandungi bahan merkuri jadi buat ibu-ibu yang mengandung cuba elakkan dari memakan ikan pari yang boleh menyebabkan gangguan pada otak bayi dan menjadikan mereka hiperaktif.
Disebabkan itulah kami dah jarang membeli ikan pari ni dan akan bela bila teringin sangat. Kalau membeli ikan pari ni, saya akan menghidu bahagian ikan pari ni dan kalau berbau hancing memang akan letak balik la walau teringin sebab hancing pada ikan pari ni memang tak boleh hilang kalau dibasuh dengan limau kasturi ataupun asam jawa.
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sedap Dan Mudah |
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sedap Dan Mudah
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan pari, potong kecil
Minyak untuk menumis
2 sudu kecil halba
1 batang serai
3-4 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kisar
sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Kacang bendi
tomato
daun kesum
garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar halus:
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
sedikit belacan
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
4. Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
5. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
6. Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tips:
Pastikan anda menulis bahan yang dikisar hingga benar-benar masak dengan kadar minyak yang banyak dan boleh keluarkan minyak yang berlebihan bila bahan yang ditumis sudah cukup masak.
0 Ulasan