Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap | Daun kaduk tergolong dalam golongan daun sireh tapi punya rasa yang agak berlainan berbanding sireh yang orang tua dulu-dulu kunyah sampai keluar air merah memerahkan bibir tu.
Daun kaduk ni sejenis ulaman yang sedap di makan mentah dan sesiapa yang suka makan Miang Kham sajian orang Thai tu kena tahu ni lah daunnya yang anda kunyah tu.
Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap
Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap |
Bahan-bahan:
15 helai daun kaduk, dibasuh dan ditoskan
2 helai daun cekur (kalau tak letak pun tak apa)
3 biji limau kasturi
Bahan untuk ditumbuk
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili api (kalau tak letak pun tak apa)
5 ulas bawang merah
½ biji kelapa parut, ambil bahagian yang putih
Kerabu Daun Kaduk Simple Dan Sedap |
Cara membuatnya :
- Daun kaduk yang telah ditos kering dihiris halus-halus
- Tumbuk cili kering hingga halus dan kemudian bawang merah. Bila sudah lumat, masukkan kelapa parut ditumbuk
- Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas serta daun kaduk, perahan limau kasturi dan digaul hingga rata dengan garam secukup rasa.
Nota :
Kalau suka boleh taburkan beras tumbuk (yang telah disangai) bagi memberi rasa yang lebih umpph!
Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :
0 Ulasan