Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap | Dah lama teringin nak masak sup ikan merah akhirnya tercapai bila tempoh hari saya ke Pasaraya Hero dan nampak isi ikan merah yang nampak cantik ni. Tak beli seekor pun cukup 3 keratan ikan untuk melepaskan keinginan.
Ikan merah ni dulu memang favorite bonda hingga kini masih menjadi favorite dan dulu harga ikan ni baru dalam RM10 sekilo dan ikan yang paling murah berbanding Jenahak, Tenggiri tapi masa nak mengambil potongan ikan ni nampak tanda harga RM47 sekilo dan untuk 3 potongan isi ikan ini saya bayar RM24.43.
Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap |
Bahan-bahan:
3 potongan ikan merah
1/2 cawan sos ikan
1 sudu kecil lada putih
1 biji limau nipis, diambil jusnya
6 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar, dihiris
2 biji tomato, dipotong 6
1 tangkai daun bawang, dihiris
air dan garam secukup rasa
Bahan untuk ditumis:
6 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, diketuk
4 hirisan lengkuas
2 inci halia, dihiris
7 tangkai cili api, diketuk
Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas, cili padi dan serai sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air panas.
- Masukkan daun limau purut, kemudian tuangkan sos ikan dan masukkan daun ketumbar. Gaul sebati dan perasakan secukupnya. Tidak perlu letak garam kerana sos ikan sudah sedia masin.
Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap |
- Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato. Biarkan seketika supaya ikan masak. Kemudian masukkan daun bawang dan akhir sekali perahkan jus limau nipis. Gaul rata. Siap!!
Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :
0 Ulasan