Resepi Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas Sedap Memikat

Resepi Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas Sedap Memikat | Pasti peminat nenas akan suka masakan yang cukup simple ni yang cukup mudah untuk disediakan, cepat dan sedap. 

Masakan seperti masak lemak cili padi tapi saya tidak letak daun kunyit sebab sukakan aroma buah nenas yang manis, sedikit masam tanpa guna asam gelugur mahupun air asam jawa. Boleh guna ikan merah atau jenahak pun sedap. 

ikan siakap
Resepi Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas Sedap Memikat


Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap

1 mangkuk santan

2 sudu gula (tak perlu banyak)

garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar

1/4 biji isi nenas

7 - 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup


Resepi Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas Sedap Memikat

Resepi Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas Sedap Memikat


Cara membuatnya:

  • Nenas dibuang kulit dan mata. Potong ikut kesukaan yang mudah untuk dikisar nanti. 
  • Goreng ikan separuh masak dan letak tepi. 
  • Masukkan santan dan bahan dikisar di dalam periuk, kacau biar sebati dan direnih dalam api sederhana dalam 5 minit. 
  • Bila kuah dah nampak hampir mendidih, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan ikan. Masak dalam 5 - 7 min dan perasakan dengan garam. Tak perlu garam yang banyak sekiranya ikan telah dilumur dengan garam sewaktu menggoreng.


Nota:

  • Ikan tak perlu digoreng kalau dimasukkan seekor atau dipotong dua. Saya goreng ikan sebab sukakan rasa ikan yang rangup bila dimakan atau diratah
  • Boleh letak hirisan nenas yang dipotong kecil jika suka dan jika ada lebih.


Resepi yang menarik untuk anda cuba

Catat Ulasan

0 Ulasan