Resepi Mentai Rice Makanan Ala Jepun Sedap

Resepi Mentai Rice Makanan Ala Jepun Sedap | Pertama kali makan mentai rice ni memang terus rasa suka sebab rasa macam complete sangat dan mengenyangkan.  Paling umi suka sebab bila makan tu terasa ada lembut nasi dan bijan yang crunchy tu.

Mungkin lain kali boleh letak cili api potong baru la lebih terangkat dan ada citarasa Melayu la kot. Jom tengok dan selamat mencuba.


Resepi Mentai Rice Makanan Jepun Sedap


Bahan :

Nasi putih atau nasi dari beras Jepun

Rumpai Laut (Nori / seaweed), dihiris 

2 sudu bijan, disangai

Keju Mozarella, disagat


Bahan sos mentai:

4 sudu kewpie Mayonis

1 sudu sos cili

1 sudu chili flakes


Bahan hiasan:

Tuna Ayam Brand

isi ketam (crab stick) - dicarik


Cara membuatnya:

  • Nasi yang telah dimasak, diambil, dimasukkan kedalam aluminium foil yang telah disapu sedikit mentega. Nasi kemudian ditekan-tekan hingga mampat.
  • Campurkan sos mayonis, sos cili dan bijan di dalam bekas dan gaul hingga sebati..
  • Letakkan crab stick yang di carik, tuna  diatas nasi dan tuangkan sos diatas nasi hingga menutupi nasi. 
  • Akhir sekali tabur keju mozarella dan seaweed dan bakar dalam 10 hingga 15 min dalam 180°C


Nota :

  • Masak isi ikan salmon diatas kuali seketika dan campurkan dengan crab stick (sekiranya menggunakan isi ikan salmon)

Catat Ulasan

0 Ulasan