Resepi Udang Harimau Masak Lemak Cili Api

Masak Lemak Cili Api ni sememangnya antara jenis masakan yang menjadi kesukaan masyarakat Melayu tidak kira, kita orang dari negeri mana sekali pun. Kebiasaannya umi akan masak ayam masak lemak cili api atau ikan masak lemak cili api tapi tempohhari nampak ada udang harimau dijual kat Pasar Keramat, walau harga tu agak mahal RM38/sekilo, apa juga la sebab rindu nak makan udang harimau.  

Resepi Udang Harimau Masak Lemak Cili Api

Untuk sayur, umi suka letak buah belimbing buluh atau mangga muda sekiranya memasak makanan laut atau tomato dan bendi untuk ikan dan kentang untuk ayam atau daging.  Apa pun selera kita tak sama, ikut kesukaan masing-masing.


Resepi Udang Harimau Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

1 kilo udang harimau, dibersihkan

7 biji belimbing buluh, dibelah dua

1 helai daun kunyit, dihiris

2 mangkuk santan

1 batang serai, diketuk

3 keping asam gelugur

Garam secukup rasa


Bahan-bahan (dikisar) :

15 tangkai cili api 

5 tangkai cili api merah (macam cili akar dan pedas)

1 inci kunyit hidup

3 ulas bawang putih

Air


Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, kacau dan biarkan masak dalam 5 minit dengan api sederhana.
  • Masukkan santan dan kacau, supaya tidak pecah minyak dan kemudian masukkan udang. Bila udang nampak kemerahan, masukkan asam gelugur.
  • Masukkan daun kunyit dan buah belimbing.  Kacau kerap supaya kuah tidak pecah minyak.
  • Bila buah belimbing nampak masak, tutup api dan perasakan dengan garam.


Nota :

  • Saya tidak memasukkan bawang di dalam masakan masak lemak cili api kerana rasa manis udang akan berubah rasanya. Terpulang pada anda untuk memasukkan atau tidak.

Catat Ulasan

2 Ulasan