Resepi Serawa Pisang Abu Simple Dan Sedap

Resepi Serawa Pisang Abu Simple Dan Sedap | Beberapa hari lalu umi minta Angah belikan pisang sebab teringin nak makan pisang rebus ala utara dan si bujang tu belikan sesisir pisang abu yang agak besar dan sesisir tu ada banyak biji la jugak sampai ada baki lagi.  Dalam fikiran nak buat serawa atau buat goreng saja tapi nak goreng tu nanti pasti berminyak dan kalau buat serawa tu lebih mudah tapi tetap berlemak sebab guna santan

Bila ditanya pada DH, kita pun minta buat serawa je.  Siapa tak suka kan sebab kerja simple dan sedap pulak tu serawa ni buat minum petang. 

Resepi Serawa Pisang Abu Simple Dan Sedap

Antara pisang yang sedap dibuat serawa selain pisang abu adalah pisang awak, pisang nangka atau pisang tanduk.


Bahan-bahan

4 biji pisang abu, dipotong menyerong (ikut kesukaan pun ok)

2 sudu sagu berwarna putih, direndam dalam 10 minit

1 mangkuk santan atau 1 kotak kecil santan 

1 keping gula gerek

1 helai daun pandan, dikerat 3

1 cawan air

secubit garam


Cara membuatnya:

  • Rendam biji sagu dalam mangkuk hingga kembang (letak tepi)
  • Didihkan gula gerek/kabung didalam periuk bersama daun pandan. 

Resepi Serawa Pisang Abu Simple Dan Sedap

  • Bila nampak hampir hancur, masukkan potongan pisang. Masak hingga pisang nampak agak lembut.
Resepi Serawa Pisang Abu Simple Dan Sedap

  • Masukkan sagu, kacau perlahan-lahan dan masukkan santan sedikit garam. Biarkan dengan api sederhana dan dikacau kerap supaya santan tidak mendidih.. Biar seketika dan tutup api. Siap!


Nota :

  • Sekiranya menggunakan gula Melaka. Masukkan gula melaka bersama daun pandan serta semangkuk air, didihkan sehingga gula hancur. Bila sejuk, tapiskan untuk mengasingkan habuk yang terdapat pada gula Melaka. Kemudian direnih bersama potongan pisang.

Catat Ulasan

1 Ulasan