Resepi Sotong Goreng Asam Mudah Dan Sedap

Siapa tak suka sotong yang boleh dimasak dengan pelbagai cara.  Kalau anak-anak umi memang suka sangat sotong goreng tepung tapi DH pulak tak suka. Tapi DH paling suka kalau makan sotong goreng asam yang cukup mudah untuk disediakan dan bahan pun tidak banyak mana pun,

Resepi Sotong Goreng Asam ni umi pelajari sesambil perati bonda memasak. Memang sedap dan cukup mudah dan tak perlu banyak bahan.



Jom cuba resepi sotong goreng asam yang cukup mudah ni




Bahan-bahan

300 gm sotong saiz sederhana, dipotong kecil

2 tangkai cili kering, digoreng dan letak tepi

4 tangkai cili api (optional)

1 ulas bawang besar

1 mangkuk pati asam jawa

minyak untuk menumis


Bahan (dihiris) 

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 inci halia


Cara memasaknya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau

2. Masukkan air asam jawa, masak hingga agak kering dan masukkan sotong. Kacau supaya keduanya sebati


3. Akhir sekali masukkan bawang merah, bila nampak kelayuan, masukkan cili kering dan cili api (kalau suka pedas)


4. Masak hingga kuah menjadi agak kering dan perasakan dengan sedikit garam. Siap!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ye..masakan ni simple n sedap. Akk pun selalu masak, nak² bila time lemau bdan 😅

    BalasPadam
  2. Ye..masakan ni simple n sedap. Akk pun selalu masak nak² time lemau rasa badan 😅

    BalasPadam
  3. Menyelerakan akak tengok,semalam baru akak masak sotong..kalau tau resepi ni boleh cuba..tq share dik

    BalasPadam