Nasi Goreng Butter Simple Dan Sedap | Bersempena challenge Anchor baru-baru ni, umi buat 3 menu, salah satunya Nasi Goreng Butter yang cukup mudah ni. Kalau orang Melayu panggil nasi goreng mentega jer la.
Teringat dulu, waktu cik applepie tu kecil, dalam darjah 4 rasanya, suka betul dia dengan nasi goreng butter. Tak la buat selalu tapi buat bila rajin sebab terlalu mudah hehee...bukan sebab tu, sebab umi dia ni kurang rajin. Maklumlah orang bekerja kan.
Nasi Goreng Butter Simple Dan Sedap |
Nasi Goreng Butter ni memang lagi simple lagi sedap dengan letak isi ayam atau telur lebih mudah dan cepat Kalau nak letak isi ayam tu nak kena tunggu defrost lagi.
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
100 gm Butter Anchor
Isi ayam, dipotong kecil / telur
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dipotong dadu
Isi ayam, dipotong kecil
3 sudu mixed vege / sayuran
5 tangkai cili api siam
Bahan hiasan
daun bawang, dipotong halus
bawang goreng
Cara memasaknya:
- Panaskan butter hingga hampir mencair dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu.
- Masukkan cili api, dikacau dan masukkan mixed vege. Biar seketika. Pastikan api sederhana.
- Akhir sekali masukkan nasi sejuk, gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam.
- Hidangkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang dan bawang goreng (ikut kesukaan)
Tips :
- Pastikan api tidak terlalu kuat sewaktu panaskan butter, kalau tidak butter akan bertukar jadi hitam dengan cepat.
- Selain guna mixed vege, boleh letak kacang panjang (dihiris), lobak merah (dipotong dadu)
- Kalau suka letak telur, pecahkan telur selepas isi ayam masak.
1 Ulasan
sedappnya
BalasPadamank2 suka. nasi goreng
kadang2 setiap. hari
blh try nasi goreng butter cam ni pula