Resepi Kerabu Kerang Dengan Taugeh Dan Kacang Botor

Resepi Kerabu Kerang Dengan Taugeh Dan Kacang Botor | Anak kelima umi, Cik Meya cukup suka dengan kerang dan paling dia suka kerang tu direbus tanpa air dan dicicah dengan sos. Memang berselera dan makin bertambah nasinya tu. Kalau umi lebih suka buat rendang kerang cili api atau rendang kerang pedas, memang tak perlu lauk lain dah.

Baru-baru ni beli kerang kat Pasar Datuk Keramat, harga pun makin mahal sekarang ni, RM18 sekilo tapi sesekali tak apa sebab ni bukan kerang bela. Dan kali ini, kerang dibeli untuk buat kerabu maka terjadi lah Resepi Kerabu Kerang Dengan Taugeh Dan Kacang Botor.


Resepi Kerabu Kerang Dengan Taugeh Dan Kacang Botor

Resepi kerabu ni olahan umi mengikut citarasa lidah umi tapi yang pastinya ada sentuhan resepi bonda iaitu beras sangai. Beras sangai ni adalah beras yang digoreng tanpa minyak hingga bertukar ke warna kekuningan dan sedikit coklat, kemudian ditumbuk hingga halus tapi tidak terlalu halus. Bau beras sangai ni pun cukup menarik apatah lagi dicampur ke dalam kerabu.

Selamat mencuba.


Bahan-bahan:

500gm kerang

2 cawan tauge, dibersihkan dan ditos

5 batang kacang botol, dibersihkan dan dihiris nipis

1 biji bawang besar 

1/2 mangkuk jus limau kasturi

2 sudu kerisek

1/2 mangkuk beras sangai hingga kekuningan dan ditumbuk

garam secukup rasa


Bahan untuk ditumbuk

4 tangkai cili kering

1/2 cawan udang kering

sedikit belacan



Cara membuatnya :

  • Bersihkan kerang yang telah direndam dengan air garam selama 1 jam. Masukkan dalam kuali dan rebus tanpa minyak dalam 30 minit atau sehingga nampak cengkerang terbuka. Bila telah sejuk, boleh mula keluarkan isi kerang untuk langkah seterusnya.
Resepi Kerabu Kerang Dengan Taugeh Dan Kacang Botor


  • Bahan yang telah ditumbuk dimasukkan kedalam bekas, masukkan kacang botor, tauge, kerang, kerisek, bawang dan garam secukupnya. Gaul semuanya hingga sebati.
  • Masukkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati. Jus limau akan menambah haruman kerabu. Akhir sekali masukkan beras sangai dan digaul Tambah beras sangai 
  • Tambah bahan apa yang kurang mengikut citarasa dan mengikut selera.

Nota :
Ada sesetengah resepi, kacang botor dan tauge tu dicelur beberapa minit supaya lembut. Jadi terpulang pada anda mengikut citarasa anda.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. mantap sungguh nengoknya... ni ratah gitu je pun sedar-sedar habis 1 mangkuk nih

    BalasPadam