Pajeri buah kedondong? ramai juga yang tidak tahu malah agak terkejut bila saya bagitahu yang saya nak buat pajeri kedondong lama dulu tapi masih ada yang tidak pernah membuat apatah lagi merasanya. Teringat saya pernah makan pajeri kedondong dalam satu event untuk dewan perkahwinan, ada menu pajeri kedondong. Hati, pastinya teruja dan tak sabar nak makan. Alhamdulillah sedap tapi ada rasa manis gula dimasukkan kedalam pajeri. Jangan komplen, kita makan jer walau hati berkata-kata. Ahh dasyat betul hati ni bukan.
Kalau di utara atau Kedah, buah kedondong dipanggil buah amra tapi sepanjang saya berkahwin hampir 30 tahun, tak pernah lagi ada menu pajeri kedondong melainkan pajeri nenas, pajeri buah gajus, pajer terung. Sebagai peminat pajeri, memang saya tak tolak tapi akan rasa bit upset kalau ada rasa gula dalam pajeri bukan kerisek.
Resepi Pajeri Kedondong Mudah Dan Sedap |
Lazimnya orang suka buah jeruk atau cicah dengan kuah rojak tapi kalau saya jumpa buah kedondong ni, pastunya dijadikan pajeri.
Buah kedondong ni kalau dijadikan pajeri akan bertambah sedap bila lebih lama sebab kepingan isi kedondong tu akan sebati dengan kuah. Ok, saya kongsi resepi kalau ada yang bermunat nak mencuba.
Bahan bahan:
10 biji buah kedondong - celur/rebus separuh lembut
1 paket kecil rempah kari daging, dijadikan pes
1 sudu besar kerisik
250gm santan
Garam secukup rasa
Segenggam udang kering
Bahan tumis :
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 ibu jari halia, dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara cara:
- Kupas kulit buah kedondong, dibelah dua dan direbus hingga menjadi agak lembut. Toskan
Resepi Pajeri Kedondong Mudah Dan Sedap |
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan hali hingga kekuningan dan masukkan rempah² hingga naik bau.
- Masukkan rempah dan tambah sedikit air. Kacau kerap supaya rempah tidak hangit, tumis hingga pecah minyak dan masukkan udang kering.
Resepi Pajeri Kedondong Mudah Dan Sedap |
- Masukkan santan, kacau hingga sebati dan mendidih. Masukkan buah kedondong, kacau dan masukkan kerisik. Kacau biar mesra.
- Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.
Nota :
Kerisek akan memaniskan rasa pajeri, jadi tak perlu masukkan gula dan kerisek juga akan memekatkan kuah pajeri.
Secara jujur pajeri tanpa kerisek dan dengan menggunakan gula, sangat berbeza rasanya tapi terpulang pada selera masing².
Nak resepi pajeri lain, boleh jengah di blog https://www.iamfuzy.com/.../4-jenis-pajeri-buah-mudah...
0 Ulasan