Resepi Daging Dendeng Sedap Memikat

Resepi Daging Dendeng Sedap Memikat | Buat peminat daging, resepi daging dendeng ni pasti buat anda terliur terutama bila di makan dengan nasi panas-panas, pasti menambah selera dan daging dendeng ni memang sedap kalau dimakan dengan pulut mahupun nasi impit.


dendeng daging
Resepi Daging Dendeng Sedap Memikat

Bahan-bahan

1 kilo daging lembu
5 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
Kicap lemak manis
Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
3 helai daun limau purut
1/2 sudu kecil pes asam jawa
Air rebusan daging

Bahan Tumis (Dikisar)

4 batang serai, dipotong pendek
3 biji bawang besar 
5 - 6 ulas bawang putih
1 inci halia,


Cara Memasak

  • Rebus daging lebih kurang ½ jam, toskan dan biarkan sejuk sebelum dihiris nipis.  Tumbuk dan ketuk daging menggunakan lesung batu tapi jangan sampai hancur.
  • Goreng daging yang telah ditumbuk seketika tapi jangan terlalu garing atau hangus.  Angkat dan ketepikan.
  • Dengan minyak yang sama, tumis serai yang diketuk hingga naik wangi dan masukkan bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili merah kisar dandaun limau purut.  Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air rebusan daging, kicap manis dan pes asam jawa serta gula dan garam secukupnya.
  • Bila sudah pecah minyak, masukkan daging yang telah ditumbuk dan digoreng tadi, pastikan api sederhana, direneh hingga kering. Tambah air rebusan daging sekiranya terlalu kering. Siap!



~selamat mencuba~


Catat Ulasan

0 Ulasan