Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak | Bila sebut tempoyak, pasti banyak resepi yang boleh dibuat antaranya sambal tempoyak ikan bilis pahang, sambal tempoyak ikan bilis negeri sembilan, sambal tempoyak ikan bilis tumbuk, resepi sambal tempoyak ikan bilis perak, resepi sambal tempoyak petai tahan lama, resepi tempoyak goreng udang, resepi sambal tempoyak mentah dan paling popular pasatinya sambal tempoyak ikan patin. Dengan menggunakan tempoyak pelbagai resepi boleh dibuat tapi yang menjadi kegemaran bonda saya pastinya  Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan yang sedap dan berlemak

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan

Bahan-bahan
100gm ikan bilis, dibilas dan ditoskan
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 cawan santan



Bahan untuk ditumbuk/dikisar
15 biji cili api, kalau suka pedas boleh letak lebih banyak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu tempoyak
1 inci kunyit hidup



Cara membuatnya:

  • Ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditoskan. Bila sudah kering, goreng ikan bilis dan letakkan di mangkuk
  • Tumis bahan yang ditumbuk/dikisar dengan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu tapi pastikan api sederhana dan serai yang diketuk
  • Masukkan tempoyak, daun kunyit dan dikacau hngga pecah minyak
  • Masukkan santan dan kacau hingga sebati. (Kalau tak nak letak santan pun boleh, terpulang ikut kesukaan)
  • Masukkan santan dan kacau hingga sebati. (Kalau tak nak letak santan pun boleh, terpulang ikut kesukaan)
  • Bila nampak sudah pecah minyak,  masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, kacau seketika dan tutup api.  Letak sedikit garam tapi jangan banyak sebab ikan bilis pun ada masin jugak. Siap!

Bagi peminat petai atau terung pipit, boleh la masukkan semasa masukkan tempoyak tu. Saya suka bahan-bahan tu ditumbuk kerana rasanya lebih sedap dan bahan-bahan tu akan terlalu halus kalau dikisar.

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan