Bahan-bahan:
1 ikat sayur pucuk paku
20 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
5 ulas bawang putih *
1 batang serai, diketuk
240ml santan
1 biji telur
2 keping asam gelugur
1 1/2 mangkuk air
Nota:
- * tumbuk bahan hingga lumat
- campur segengam ikan bilis di dalam bahan untuk ditumbuk bagi menggantikan telur (terpulang ikut kesukaan)
Cara memasaknya:
- Perisi daun pucuk paku, ambil bahagian yang lembut, basuh dan rendam dalam air garam dalam 10 minit. Toskan dan letak tepi.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk di dalam periuk dengan 11/2 mangkuk air serta serai yang telah diketuk. Renih dengan api sederhana hingga menjadi agak kering.
- Masukkan sayur pucuk paku bersama asam keping. Kacau hingga sayur bergaul sebati dengan bahan yang direnih dan masukkan santan. Masak sehingga pucuk paku nampak lembut dan layu.
- Pecahkan telur, masukkan ke dalam masakan. Masak dalam 5 minit dan padamkan api. Masukkan garam secukup rasa. Siap!
Selamat Mencuba
Antara Resepi yang menarik untuk dicuba
10 Rahsia Pucuk Paku Pakis Yang Cukup Menarik Untuk Memastikan Ianya Menjadi Hidangan
Pucuk paku memang unik dan tak pasti bahagian mana yang nampak seperti paku tapi yang pasti sayur ini memang sedap dan antara masakan yang cukup disukai pastilah pucuk paku masak lemak cili api, kerabu ataupun digoreng dengan cili.
Sayur pucuk paku di galakkan kerana sayuran hijau ini mengandungi banyak jenis gizi serta nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh. Tubuh anda tidak hanya menjadi lebih sihat, namun juga lebih kuat dalam mencegah serangan penyakit antaranya adalah:
1. Menjaga daya tahan tubuh
Khasiat pucuk paku yang pertama adalah sebagai sayur sihat yang dapat menjaga daya tahan tubuh anda. Daya tahan tubuh yang baik akan membuat anda memiliki perlindungan yang kuat terhadap serangan penyakit, sehingga tubuh tidak mudah terjangkit penyakit yang mudah merebak.
2. Baik untuk metabolisme tubuh
Khasiat pucuk paku juga sangat baik digunakan untuk membantu metabolisme anda menjadi normal. Tidak normaln metabolisme dalam tubuh akan membuat anda sukar menjaga kesihatan, sehingga banyak penyakit menyerang tubuh.
3. Ubat Gout
Khasiat pucuk paku dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi Gout. Hal ini diperolehi dari banyaknya kandungan dalam sayuran ini untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu serta mengganggu aktiviti.
4. Baik untuk kesihatan tulang
Khasiat pucuk paku baik untuk membuat tulang anda menjadi lebih sihat. Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu? Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang anda akan semakin sihat dan juga terjaga.
5. Menyembuhkan luka
Khasiat pucuk paku dapat anda jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka. Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka anda. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.
6. Mencegah penuaan secara semulajadi
Penuaan yang terlalu cepat di usia anda ketika anda masih muda akan membuat anda hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hal ini juga akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya pucuk paku. Sayur ini akan membuat anda tampak awet muda.
7. Menyihatkan mata
Kandungan semulajdi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata anda dari penyakit rabun.
8. Menurunkan berat badan
Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan anda terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan. Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, maka anda akan mendapatkan berat badan yang ideal. Tentunya hal ini memerlukan aktiviti yang konsisten dan tidak berlaku cepat tanpa usaha.
9. Mencegah hipertensi
Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya anda makan setiap hari jika anda adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah anda sehingga tidak akan terjadi kenaikan.
10. Mencegah kenaikan kolesterol
Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh anda menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit. Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini punyai anti kolesterol yang tinggi.
sumber : akhbarkini.com
0 Ulasan