Resepi Acar Ikan Kembung Mudah Dan Sedap | Acar Ikan adalah antara masakan bonda yang sangat saya rindu dan kalau boleh nak minta bonda masakkan lauk kampung yang sedap ni tapi apakan daya bonda pun dah tak berapa sihat untuk memasak tapi kalau ada antara kami di rumah mau juga bonda memasak atau kami masak dengan bonda berada di sebelah. 

iamfuzy.com
Resepi Acar Ikan Kembung Mudah Dan Sedap


Acar ikan ni memang sedap dimakan dengan nasi panas dan kalau dulu memang sering ada di kenduri kahwin tapi tak pernah lagi saya nampak tapi kalau ada pun memang tak sesedap masakan bonda jadinya sejak berminggu-minggu merancang akhirnya terjadilah acar ikan kembung ni


Bahan-bahan

1 ekor ikan kembung/ikan kurau masin, digoreng

2 sudu cili kering kisar

1 biji timun, dibuang biji dan dipotong dalam 2 inci

1 biji lobak merah, dibelah dan dipotong dalam 2 inci

1 biji bawang besar dipotong baji

7 ulas bawang kecil, dihiris kasar

5 ulas bawang putih, dihiris dua

1 biji cili merah, dibelah memanjang

1 biji cili hijau, dibelah memanjang

1 inci halia, dihiris halus

1 sudu serbut kunyit

1 mangkuk cuka masak

1 mangkuk air


Bahan untuk menumis

1 inci kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

1 sudu kecil biji sawi

2 sudu minyak masak


Resepi Acar Ikan Kembung Mudah Dan Sedap

iamfuzy.com
Resepi Acar Ikan Kembung Mudah Dan Sedap


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang hingga naik bau dan masukkan biji sawi
  • Masukkan cili kisar, dimasak hingga pecah minyak kemudian masukkan lobak merah, timun, halia, bawang merah dan bawang putih, sedikit kunyit serta air. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan ikan, cili merah, cili hijau dan cuka.  Gaul biar sebati.
  • Masukkan sedikit gula dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!


Selamat Mencuba

Nota : 

  • Selain ikan kembung, boleh guna ikan kurau jeruk/masin atau ikan tenggiri atau juga ikan tongkol yang telah digoreng mengikut selera masing-masing.


Antara Resepi yang menarik untuk dicuba