Resepi Homemade Pan Mee Yang Sedap

Resepi Homemade Pan Mee Yang Sedap | Bila tiada selera dek kerana kurang sihat tapi tetap berselera dengan homemade pan mee ni. Ni la makanan untuk self reward bila tak sihat mahupun bila sihat sejak kecil, kami buat sendiri.

Kalau kat rumah bonda, seperiuk besar akan dibuat pun tak cukup sebab sedapnya dan istimewanya sup sayur ni, tak cukup makan semangkuk dua.

Resepi Homemade Pan Mee Yang Sedap

Dulu kami panggil sup sayur tapi rupanya menu ni seakan Pan Mee (mee buatan tangan) yang cukup popular dikalangan kaum Cina. Yang membezakan ialah tepung yang kami buat tu berbentuk leper, ditarik menjadi kepingan sebesar jari dan kami menggunakan daun sawi sementara di kedai makan cina, mee dibuat menggunakan mesin dan mereka menggunaka sayur pucuk manis atau sayur asin-asin.

Pan Mee tu memang sedap, kalau tak percaya korang pergi ke kedai makanan cina kat Giant Taman Permata, cuba order atau korang boleh buat sendiri ikut resepi saya kat bawah nanti


Bahan-bahan

Tepung gandum dijadikan doh

Sayur sawi, dipotong

1 liter  air

Ikan bilis goreng sebagai hiasan

tepung gandum


Bahan ditumbuk

5 biji cili api

2 ulas bawang kecil 

1 ulas bawang putih

1/2 gengam ikan bilis


Cara membuatnya :

  • Tumis bahan ditumbuk hingga kekuningan dan naik bau. 
  • Masukkan sayur sawi, kacau hingga agak layu dan masukkan air. Biarkan direnih dan bila nampak agak mendidih masukkan tepung yang telah dicubit/dinipiskan. Masak dengan api perlahan dan hingga doh betul² masak dengan kacau lebih kerap. 
  • Bila pasti tepung dah masak, pecahkan telur dan perasakan dengan garam. 
  • Tutup api dan boleh sedia untuk dimakan dan tabur dengan ikan bilis goreng. Siap untuk dimakan.

Catat Ulasan

0 Ulasan