Resepi Cendawan Kikir Goreng Bercili Dengan Telur | Ada yang panggil cendawan, kulat dan pelbagai nama lain tapi inilah menu kesukaan bonda yang menjadi kesukaan umi dan anak-anak tapi bila en suami dia lebih suka buat goreng dengan bawang. Walau bagi umi dan the girls, rasa cendawan tu plain tapi sedap pulak pada suami dan umi pulak akan letak cili potong dalam tu barulah rasa lebih sedap.
Baru-baru ni dapat beli dalam 200 gm dan mujur harga masih sama RM5 untuk 100 gram jadi boleh la buat 2- 3 resepi memandangkan bukan ni saja lauk yang akan dihidangkan tapi kalau umi makan ni dengan nasi panas memang tak kisah dah lauk lain.
Resepi Cendawan Kikir Goreng Bercili Dengan Telur |
Bahan-bahan:
1 mangkuk cendwan kikir / kulat yang telah dibersihkan
1 labu bawang besar, dihiris
1 biji telur
1 keping asam gelugur
Bahan untuk ditumbuk
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Resepi Cendawan Kikir Goreng Bercili Dengan Telur |
Cara membuatnya :
- Cendawan kikir, dibersihkan dengan memotong bahagian bawah sedikit, asingkan bendasing yang terdapat dalam cendawan. Basuh dan toskan.
- Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan asam gelugur, kacau biar sebati dan kemudian masukkan cendawan serta bawang besar.
- Kacau biar sebati dengan sambal dan pecahkan telur, masukkan garam secukupnya. Bila nampak telur sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan
1 Ulasan
gaul dengan nasi kosong aduh sedapnya kak
BalasPadam