Sup ketam yang umi masak kali ni untuk orang yang tidak sihat dalam rumah, jadi kesemua bahan tidak ditumis kerana bila tak sihat, memang begini caranya umi memasak. Sejak en suami disahkan positif pada 23 November, umi dan 4 orang anak lain pun buat swab test dan kami semua positif kecuali Cik Meya. Ayong pulak batuk-batuk jadi bagi umi, penggunaan minyak memang dihadkan atau kalau boleh tak guna langsung.
Memandangkan Ayong seorang yang sihat, jadi dialah yang ke pasar membeli ayam dan ketam. Memang kali ni kat peti ais tak ada ikan langsung sebab umi masak 1 jenis lauk saja. Umi pulak memang demam dan hilang deria rasa, deria bau dan kerap pulak ke tandas tapi mujur masih muda jadi tak lah letih keluar masuk toilet tu.
Kalau sihat tu memang bermacam dah masuk dalam sup ketam tu dan pastinya tekak sendiri akan komplen bahan-bahan tak cukup apatah lagi umi ni suka makanan yang pedas-pedas. Selain memasak, anak-anak rajin berGrabfood, berFoodPanda tapi bukan masakan ruji seperti nasi berlauk la. Part tu memang susah nak tolerate.
Jom tengok resepi simple lagi sedap dan yang penting resepi sihat.
Bahan-bahan:
4 ekor ketam, dibelah 2 atau 4
2 biji tomato, dipotong baji
1 liter air
daun bawang, dihiris
daun sup, dihiris
Bahan untuk dihiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia, diketuk
Cara membuatnya :
- Ketam yang sudah dibersihkan, sepit ketak tu diketuk supaya senang nak makan nanti.
- Masukkan bawang merah dan halia ke dalam periuk berisi air dan renehkan sehingga mendidih
- Bila dah mendidih, masukkan ketam dan dimasak hingga mendidih dan masukkan tomato.
- Bila tomato dah nampak masak, taburkan daun sup & daun bawang dan garam. Bila dah siap dan nak hidang boleh tabur bawang goreng
Nota :
Jangan masukkan telalu banyak garam sebab ketam kalau tidak hilang manis ketam tu. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan.
0 Ulasan