Resepi Sup Gear Box Sedap Dan Mudah

Resepi Sup Gear Box Sedap Dan Mudah | Siapa tak suka makan gear box kan begitu juga anak-anak umi. Kalau dulu makan di kedai, sup gear box memang jadi pilihan tapi sekarang ni memang zaman kena berjimat, jadi nampak tulang lembu tu umi beli dan masak sendiri. Anak-boleh boleh makan banyak dan puashati. Kalau nak rasa macam kat kedai tu agak payah la sebab umi hanya tukang masak amatur je

Walau memasak sup gear box ni lebih menjimatkan tapi harganya pun tidak la murah dan memang tak disyokan makan selalu sebab kolesterol tinggi. Silap hari bila makan mau terus naik darah sampai ke kepala. Jom cuba resepi sesuka hati yang umi buat sebab dah lama nak makan sup gear box sedap.


Resepi Sup Gear Box Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan :

Tulang lembu @ bahagian otot yang ada isi daging 

5 - 7 tangkai cili api, diketuk

3 inci halia, dihiris 

2 inci lengkuas, diketuk

1 1/2 serbuk lada putih

2 sudu sos ikan

1 mangkuk jus limau kasturi

2 keping asam gelugur

1 batang saderi, dipotong serong

3 biji tomato, dibelah empat

2 biji bawang kuning, dipotong bulat


Bahan hiasan :

Bawang goreng

Daun sup

Limau kasturi


Bahan untuk ditumis :

2 biji bawang merah, dihiris

6 bawang putih merah, dihiris 

3 labu bawang besar, dihiris  

Sup bunjut tulang 


Cara memasaknya :

  • Basuh bersih tulang dan direbus didalam periuk dengan sehingga mendidih @ daging akan kelihatan tertanggal dari tulang
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. 
  • Masukkan halia, lengkuas, batang saderi serta serbuk lada dan renih lagi hingga mendidih.  
  • Akhir sekali masukkan jus limau, sos ikan, asam keping, tomato dan garam secukupnya. Bila nampak tomato agak lembut, matikan api. Taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang dan jangan lupa kalau rajin buat sambal kicap


Resepi Sambal Kicap


Bahan-bahan

Cili padi, terpulang berapa banyak

Bawang putih

Kicap 

Limau

Garam dan gula


Cara membuatnya :

  • Goreng cili bersama bawang putih tapi jangan terlalu lama. Toskan dan di tumbuk/dikisar, masukkan garam dan campurkan kicap serta perahkan limau kasturi dan sedikit gula. 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan