Ketupat Sotong Sedap Dan Mudah | Hari Sabtu baru-baru ni umi dah pesan kat DH yang tak perlu beli udang dan sotong sebab stok minggu lepas dan minggu sebelumnya tu masih berbaki 2-3 bekas setiap satunya. Tapi DH insist nak beli sotong sebab cantik katanya dan tanya "u boleh buat ketupat sotong"? ehh, memang tak pernah buat tapi ada stok beras pulut dan kalau tengok resepi pun cukup mudah.
"Boleh je, I buat nanti" fuhh confident sungguh umi ni kan. Tak cuba tak tahu tapi dah tersemat nak buat ketupat sotong ni versi diri sendiri bukan versi asli sebab kalau masakan Pantai Timur ni agak manis kan. Kalau ikutkan umi nak jer letak cili api setangkai macam dalam sata tu. Fuhh pasti letops kan
Ketupat Sotong Sedap Dan Mudah |
Bahan bahan:
Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong, diasingkan kepala dan badan
Santan
1/2 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan
Cara membuatnya:
- Basuh dan rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Kalau tak mahu terlalu lemak, beras pulut tu direndam dengan air dan garam.
Ketupat Sotong Sedap Dan Mudah |
- Cuci bersih sotong yang diasingkan dari kepala. Masukkan beras pulut ke dalam badan sotong dan tekan supaya padat. Tak perlu isi terlalu penuh kerana kepala sotong kemudian akan dimasukkan ke dalam badan. Cucuk lidi dibahagian atas badan supaya kepala sotong tidak terkeluar.
- Memang sedap tapi kalau boleh cicah dengan sambal atau cili api tu, pasti lagi sedap.
- Susun sotong yang telah siap diisi pulut ke dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak dengan api sederhana sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak. Siap
2 Ulasan
ini akak buat versi kelantan, kalau akak buat versi terengganu dia tak manis.. warna putih ada bawang halia dan halba memang versi masin...
BalasPadamya Dana, saja buat versi Kelantan dan next versi Terengganu pula kalau ada kesempatan
Padam