Masak Ikan Patin Tempoyak 6 Bahan Mudah Dan Sedap

Pertama kali umi makan Gulai Tempoyak Ikan Patin ni adalah beberapa tahun lalu bila DH kerap ke Pahang untuk kerja shooting dan bila kami bercuti ke Pahang tahun 2010. Kalau balik KL lepas settle kerja tu, DH akan beli, siap bungkus sekurang-kurangnya 2 bungkus untuk kami sekeluarga. Memang sedap, pedas, manis dan secukup rasa Patin Tempoyak dari Bukit Angin (kalau tak silap)


Bila teringat percutian sempena Tahun Baru Cina tahun 2010 tu seronok sebab anak-anak kecil lagi dan kami pergi pun tanpa perancangan yang teliti. Tapi tak susah pun sebab umi kerja dekat travel agency dan memang deal dengan ramai pengarah jualan hotel, so main call jer la. Tu zaman kegemilangan dalam industri pelancongan

Masak Ikan Patin Tempoyak 6 Bahan Mudah Dan Sedap


Baru-baru ni, ehh baru tak baru la DH pergi ke Kuantan, dia balik belikan ikan patin. Ingatkan dia kata dia beli Patin Tempoyak tapi rupanya ikan patin fresh. Alhamdulillah, dapat la buat gulai patin tempoyak ikut citarasa sendiri tapi untuk DH kita goreng jer sebab dia dah muak dengan patin tempoyak ni sampai tak boleh bau dah.


Kalau diikutkan resepi asal Patin Tempoyak orang Pahang ni hanya menggunakan cili, kunyit, daun kesum dan tempoyak tapi saya tambah bunga kantan untuk hilangkan bau ikan patin.


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan patin
15 tangkai biji cili padi, ikut kepedasan yang diinginkan
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
1 asam keping

2 mangkuk air

 Garam


Cara membuatnya

  • Tumbuk cili padi bersama kunyit, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 2 mangkuk air. Masak hingga mendidih.



  • Masukkan tempoyak, daun kesum dan bunga kantan, kacau biar mesra dan dimasak hingga sebati
  • Bila kuah mendidih, masukkan ikan patin. Umi tak letak ikan patin awal sebab isi ikan patin ni lembut jadi mudah hancur nanti.
  • Akhir sekali masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Siap


Tip :

Menurut masakan original orang Pahang katanya resepi orginal orang pahang, dalam masakan ikan patin tempoyak ni mereka tidak memasukkan bawang,  serai, bunga kantan apalagi bawang putih.

Catat Ulasan

0 Ulasan