Resepi Kerabu Serai Dan Belimbing Jeruk

Resepi Kerabu Serai Dan Belimbing Jeruk | Kerabu ni memang sedap dan elok untuk orang berpantang tapi sekiranya nak bagi orang berpantang makan, tak usah letak kerisik. Serai pula jangan serai yang tua dan kalau dihiris tu harus halus menggunakan pisau yang tajam untuk mendapatkan hirisan serai yang cukup nipis.


Pertama sekali makan kerabu ni waktu di rumah kakak Dhubby beberapa tahun dulu, tapi tak ingat kenduri siapa. Umi cuma jadi penonton masa tu sebab serai ni kena dihiris dengan cukup nipis sebab kalau dihiris kasar, nanti bila di makan, haaa pasti pijar lidah tu.


Resepi Kerabu Serai Dan Belimbing Jeruk


Bahan-bahan:

10 batang serai muda, dihiris halus

15 biji buah belimbing jeruk, dihiris

10 ulas bawang merah, dihiris

5 biji cili api, dihiris

garam secukup rasa

3 sudu kerisik


Cara membuatnya :

  • Campurkan kesemua bahan kecuali kerisek dan gaul hingga mesra. Masukkan kerisik dan gaul hingga mesra dan boleh dihidangkan 

Pastikan serai dihiris dengan halus dan serai yang muda, kalau dah tua akan rasa agak pelik dan pastinya tak sedap.


Cara membuat belimbing jeruk :

  • Belimbing yang dikutip dari pokok, di basuh bersih dan ditoskan, kemudian di gaul dengan garam kasar dan dijemur hingga menjadi kecut dan kering. 

  • Lazimnya proses pengeringkan belimbing ni mengambil masa dalam 1 minggu atau kurang bergantung pada cuaca panas yang mencukupi.

  • Bila dah kecut, boleh disimpan di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. pertama kali tahu ada kerabu serai dan belimbing gini

    BalasPadam
  2. lupa ni kerabu orang mana tah yang ipar pada kakak ipar akak buat...kalau silap potong serai tebal2 tu mmg naya sbb lidah jadi pedih

    BalasPadam