Resepi Pisang Goreng Sedap Dan Rangup | Pisang Goreng ni akan sedap bergantung pada bahan utamanya iaitu adunan tepungnya yang meliputi pisang dan pisang pula tidak terlampau masak atau terlalu ranum. Bila makan pisang goreng ni umi sukakan tepung yang rangup meliputi pisang goreng, barulah rasa enjoy waktu makan.
Kalau umi sukakan pisang tanduk dan pisang nangka kalau dibuat pisang goreng tapi keduanya dah terlalu naik harga, jadi kalau teringin tu tapi duit dalam poket tu kurang, pisang abuk kepok pun jadilah. Pisang goreng ni kalau masak sendiri tu kita rasa puashati sebab sekarang ni kalau digerai jualan pisang goreng, dah terlalu mahal dan 1 biji pisang tu dibelah 4 dan dijual sekeping RM1. Memang rasa ralat bila harga mahal tapi tak sedap bukan.
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
air secukupnya
garam secukup rasa
kunyit (opsyen)
2 sudu minyak panas
Cara Penyediaan :
1. Campurkan tepung beras, air, garam dan kunyit, gaul hingga sebati dan mesra. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidakk terlalu pekat.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, cedukkan sedikit dalam 1 atau 2 sudu minyak panas, campurkan ke dalam adunan tepung, kacau dengan sudu atau senduk hingga sebati.
3. Celupkan pisang ke dalam adunan tepung, angkat dan masukkan pisang dan goreng pisang sampai kekuningan. Balik-balikkan supaya pisang digoreng sempurna dan boleh diangkat untuk dihidangkan
Tip :
1. Bancuhan tepung jangan terlalu pekat atau cair.
2. Pastikan minyak betul-betul panas.
0 Ulasan