Resepi Cekodok Pisang Mudah Dan Sedap | Siapa tak suka cekodok pisang ni? kalau kat rumah umi memang cekodok pisang ni jadi kesukaan terutama Angah Ammar, jadi kalau buat tu memang kena buat lebih banyak. Kalau beli pun kena beli lebih tapi sekarang ni 7 biji cekodok pisang dah berharga RM2 dengan saiz kecil-kecil pulak tu. Dah lama tak beli cekodok pisang ni jadi tak tau la pulak berapa harga sekarang ni.
Sekarang semua barangan makin mahal dan gerai favorite jual goreng pisang, cekodok pisang ni dah lama tak beroperasi, jadi sebaiknya buat sendiri dari membeli pastu sakit hati sebab mahal dan rasa cekodok yang dijual, lebih sedap yang dibuat sendiri. Ahh puji diri sendiri pun ok sebab anak-anak makan sampai habis
Resepi Cekodok Pisang Mudah Dan Sedap
Bahan-Bahan:
15 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula
Cara Penyediaan:
- Lenyekkan pisang sehingga hancur dan tidak berketul langsung. Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang. Gaulkan kesemuanya hingga sebati
- Sekiranya adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit dan gaul
- Jemput adunan menggunakan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali berisi minyak panas.
- Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang. Angkat dan hidangka buat minum petang
Tip:
Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap
0 Ulasan