Resepi Sayur Petola Tumis Air

Resepi Sayur Petola Tumis Air | Umi memang pantang jumpa petola cuma tak beli selalu sebab DH tak suka petola sebab katanya sejuk. Memang sejuk pun dan tak makan lebih setahun selepas bersalin sebab takut urat kembang. Mungkin bagi sesetengah orang ianya tak apa tapi umi risau impaknya kemudian hari bila umur makin meningkat, macam-macam penyakit mendatang.


Selalunya petola ni umi buat masak lemak putih dan paling kerap buat sayur petola tumis air bila konon nak bebas makanan berminyak. Ada kalanya umi akan just masak macam merebus saja dan kekadang tumis. Apa pun cara memasak tu asal sedap pada selera kita dan keluarga, kita teruskan jer. Paling penting kita sediakan makanan yang sihat dan berkhasiat buat seisi keluarga.


Resepi Sayur Petola Tumis Air 


Bahan-bahan

1 biji petola

2 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

1 -2 tangkai cili kering atau cili merah

1 biji telur

sedikti suhun, direndam

1 kiub ayam atau stok ayam

Garam secukup rasa

1 1/2 mangkuk air



Cara penyediaan :


1. Potongkan bahagian keras yang bersegi pada kulit petola dan potong bulat, basuh dan ketepikan


2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kalau guna ikan bilis, boleh tumiskan sekali hingga nampak kekuningan (nota : untuk masakan ini saya tak guna ikan bilis)


3. Masukkan petola, kacau dan masak dalam 1 minit hingga petola nampak lembut. Masukkan air dan stok ayam. Biarkan kuah mendidih.


Resepi Sayur Petola Tumis Air 


4. Bila kuah dah mendidih masukkan suhun dan cili kering yang dipotong. Bila suhun nampak lembut, msukkan telur. Tambah garam secukup rasa dan bila telur nampak masak, boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan


Nota :

Lauk sebegini dah cukup bagi umi kalau dapat dimakan dengan nasi panas bila selesema dan tak sedap badan. 


Selamat mencuba Resepi Sayur Petola Tumis Air yang pasti memikat selera anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan