Kuetiau Goreng Sedap Dan Mudah

Kuetiau Goreng Sedap Dan Mudah | Resepi kuey teow goreng yang menjadi kegemaran umi dan keluarga ni dah 2 kali di masak bulan ni untuk makan malam. Kalau dulu, dimasak untuk sarapan tapi sejak dua menjak ni, umi lebih suka masak nasi lemak sebab jadual kerja DH yang sering kerja weekend.


Bila buat kuetiau goreng ni teringat pulak umi pada kuetiau t'ng yang dah lama sungguh umi tak buat. Mungkin nanti umi buat dan share resepi.


Kuetiau Goreng Sedap Dan Mudah



Bahan-bahan:

1 bungkus kuetiau

2 sudu cili kisar

150 gm daging, dihiris kecil

1 bungkus fish ball

1 ikat kucai, dipotong

2 gengam taugeh

2 sudu sos tiram

3 sudu kicap 

2 sudu sos ikan


Bahan ditumbuk / dikisar :

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

2 sudu ikan bilis




Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan daging, cili kisar, sos tiram, kicap dan sos ikan, masak hingga naik bau, kemudian masukkan fishball yang dihiris.Kacau hingga sekata.


2. Masukkan Kuetiau serta kucai, kacau hingga kata,


3. Masukkan taugeh, kacau dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.  Biarkan dimasak dengan api sederhana selama 5-10 minit. 


Sila untuk dihidang dengan cili jeruk atau limau nipis.


Catat Ulasan

0 Ulasan