Paru Goreng Berlado

Paru Goreng Berlado | Paru atau dulu umi panggil kelempung sebab ikut bonda yang berasal dari Perak Utara memang panggil paru ni sebagai kelempung. Bila bonda masak kelempung ni memang berselera kami sebab bonda akan buat kelempung goreng berempah. Memang cukup rasa betul dan lembut.


Teringat dulu kalau bonda masak, Allahyarham abah akan buangkan bahagian urat pada paru ni, sebab tu bila makan tak liat dan bonda pula kalau dia rebus paru ni sampai lembut. Bonda juga akan buat rendang daging campur paru bila tiba hari raya. Ya Allah rindunya rendang campur bonda ni.


Paru Goreng Berlado



Bahan-bahan

500gm paru

1 batang serai, diketuk

1-2 keping asam gelugur

1 sudu kecil gula

Garam secukup rasa


Bahan ditumbuk

7 tangkai cili merah

4 ulas bawang merah

3 biji bawang putih

1/2 inci halia


Cara Penyediaan :

  • Paru dibasuh, kemudian direbus dengan hirisan halia dan bawang putih untuk menghilangkan bau hamis.


  • Toskan paru yang sudah direbus, biarkan sejuk dan dipotong nipis atau tebal (ikut kesukaan). Gaulkan dengan garam dan kunyit,  kemudian digoreng garing. 

  • Panaskan minyak yang banyak dan goreng paru hingga garing

  • Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis serai dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

  • Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan kemudian masukkan paru, kacau hingga sebati




Catat Ulasan

0 Ulasan