Gulai Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi | Dah beberapa hari DH dok ingatkan untuk beli siput sedut tapi dok hold sebab dia asyik outstation je tapi minggu lepas, puas keliling pasar baru nampak ada peniaga jual siput belitung yang masih hidup.
Selalunya ada peniaga yang menjual siput sedut ni yang sudah dimasukkan dalam plastik dan tak pasti berapa beratnya cuma harganya dalam RM15 - RM20 tapi yang umi beli ni yang nampak masih hidup, masih berlumpur dijual dengan harga RM20 sekilo. Haa terbeliak sikit mata umi yang sepet ni tapi sebab nak makan kan, jadi 1 kilo dah mencukupi dan peniaga offer untuk cuci siput tu dan potongkan bahagian bawah siput tu.
Gulai Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi |
Kenapa perlu potong bahagian bawah siput tu? supaya bila nak makan, mudah isinya keluar sewaktu disedut.
Ok, jom tengok bahan dan cara memasaknya walau rasanya semua orang tahu nak memasaknya kan.
Bahan-bahan
1 kg siput sedut
1 ikat keladi,
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugur
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk air
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya
Bahan dikisar/tumbuk
15 - 20 tangkai cili api, kalau suka pedas boleh tambah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Nota :
Kalau nak sedap sebenarnya masak siput tanpa campuran (keladi) tapi kalau nak boleh masukkan batang tepus atau batang lambuk yang semang sedap
Cara penyediaan
- Keladi dibuang kulit luar dan dipotong dalam 3 inci kemudian dibasuh bersih. Rebus keladi dengan asam gelugur hingga lembut. Jangan terlalu over rebus sebab nanti bila dimasakkan ke dalam kuah, ia jadi terlalu lembut.
- Siput dibasuh dan direndam dengan air serta garam kasar dalam 30 minit supaya lumpur dan pasir tanggal dari siput. Bila sudah bersih, potong bahagian siput yang tajam. Pastikan tidak terlalu panjang atau pendek potongannya supaya tidak sudah untuk disedut nanti. Basuh dan toskan.
- Masukkan bahan yang dikisar, ke dalam periuk bersama air dan direnih dengan api kecil hingga hampir kering. Masukkan siput serta serai, tambah air, kacau supaya siput mesra dengan bahan yang di masak. Masak dengan api sederhana.
- Masukkan sayur keladi dan santan cair, kacau dan biarkan kuah agak mendidih, masukkan santan pekat.
- Akhir sekali perasakan dengan garam, masak seketika dan tutup api. Siap!
Nota :
Kalau boleh buat agakkan semasa memasak, tak perlu santan cair dan santan pekat. Santan pekat dimasukkan supaya boleh cover sekiranya santan pecah minyak ketika dimasak.
Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :
0 Ulasan