Resepi Gulai Cili Api Jantung Pisang | Selalunya saya lebih suka buat masak lemak putih jantung pisang tapi tetiba teringin makan gulai cili api jantung pisang.
Masa pergi pasar Datuk Keramat hari tu terfikir nak beli jantung pisang tapi entah macam mana terlupa. Mujur tak beli sebab bila balik rumah, jantung pisang rastali yang tinggi menyaup tu dah gugur sebelum sempat dipetik. Jenuh juga nak petik dengan pokok yang tinggi tu.
Resepi Gulai Cili Api Jantung Pisang |
Bahan bahan:
1 biji jantung pisang, dihiris nipis
1-2 keping asam gelugur
1 paket santan segar
Garam kasar
Bahan ditumbuk
15 - 20 tangkai cili api
11/2 inci kunyit hidup
1 gengam ikan bilis
Cara Penyediaan :
1. Jantung pisang dihiris nipis, direndam dalam air garam seketika, kemudian ditos
2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masak sehingga agak masak dan air hampir kering.
3. Bila kuah hampir kering, masukkan jantung pisang dan santan cair, kacau biar mesra. Kacau sehingga santan agak mendidih dan masukkan santan pekat.
Nota: Kalau takut pecah minyak, boleh masukkan santan cair dan kemudian santan pekat
2 Ulasan
Sedap!
BalasPadamsedap!
BalasPadam