Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Dan Sedap | Rasa dah lama tak masak asam pedas ikan pari ni, mujur hari Sabtu baru-baru ni DH belikan sebab teringat yang Angah Ammar peminat ikan pari, malah bukan kesemua kami suka kecuali DH. Kalau bonda sihat dulu, ikan pari ni dia buat sambal dengan mangga muda, memang licin habis bila anak-anak makan.
Sebelum masak ikan pari ni, umi buat poll dalam grup whatsappa family, ternyata asam pedas ikan pari jadi pilihan ramai, makan jadilah asam pedas ikan pari untuk juadah hari Isnin kami.
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Dan Sedap |
Ada macam-macam menu asam pedas ni, ada yang tak letak lengkuas, ada letak lada hitam sama macam resepi asam pedas ikan pari yang pernah umi masak. Kiranya mana-mana resepi masakan ni lebih pada try and error. Ada yang sedap pada tekak kita tapi tidak pada orang lain. Kita memasak, memang kena sedap pada tekak kita kan.
Bahan-Bahannya:-
2 potong ikan pari5 tangkai daun kesum, diambil daunnya
2 batang serai, diketuk
1 sudu kecil pes asam jawa
Minyak untuk menumis
7 batang bendi
3 biji tomato, dipotong baji
Garam secukupnya
11/2 sudu serbuk perasa
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan Kisar / Tumis
10 tangkai cili kering3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
Cara Penyediaan :
Cara Penyediaan :
- Ikan pari dipotong ikut saiz yang disukai, rendam dalam tepung dan perahan limau supaya boleh membuang lendir dan bau hanyir.
- Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan jus asam jawa bersama ikan pari dan air. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan pecah minyak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan (kalau ada), biarkan seketika dan masukkan bendi dan tomato. Bila bendi dan tomato nampak masak, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak dalam 5 minit dan boleh ditutup api
Nota :
Buah keras adalah untuk memekatkan kuah
1 Ulasan
fav ni !
BalasPadam