Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Resepi Sambal Udang Simple Dan Sedap | Sambal tumis udang ni memang favorite anak-anak terutamanya DH. Kalau buat sambal tumis, kena digandingkan dengan masak lemak putih, barulah bertambah nasi dalam pinggan.


Kalau umi masak sambal tumis udang ni, selalunya bila dapat udang segar terutama sekali udang pasir. Kulit udang ni memang keras tapi isinya manis dan padat. Selalunya umi buat sambal udang ni dengan petai walau tak makan petai dan sabal tumis udang ni satu kemestian untuk jadi lauk nasi lemak.





Bahan-bahan:

500g udang, dibersihkan

1/2 biji bawang besar, potong nipis

1/2 cawan air asam jawa

2 sudu besar sos tiram


Bahan untuk dikisar

10-12 tangkai cili kering, dibuang biji

3 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

2 inci halia

1 labu bawang besar


Cara Penyediaan:

  • Cili kering dipotong, buang biji dan rebus seketika, toskan air dan kemudian dikisar halus bersama bahan-bahan yang lain.
  • Dalam kuali, panaskan minyak masak dan  tumis bawang besar sehingga kekuningan, kemudian masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak. Kacau kerap supaya tidak melekat
  • Tuangkan air asam jawa, sos tiram, kacau dan biarkan menjadi kering sedikit.
  • Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Kacau biar sebati dan dimasak dengan api sedehana hingga mendidik (anggapran dalam 5 - 7 minit). Jangan dimasak udang terllau lama kerana ia akan membuatkan isi udang menjadi keras. Dah siap, angkat dan hidangkan.


Tip:

Tumis bahan kisar hingga benar-benar masak dengan pecah minyak kerana sambal tumis yang tidak masak sempurna akan cepat basi. 


Catat Ulasan

0 Ulasan