Resipi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan

Resipi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan | Minggu lepas umi beli ubi kayu, ingat nak buat peknga tapi fikir 2, 3 kali sebab DH kurang gemar peknga ubi kayu, nak buat sira macam tak rasa nak tambah gula dalam badan. nak buat getuk, malas pulak nak gaul dan goreng. Pastu nak menggoreng lagi. Konflik sungguh bila nak memasak ni.


Maka, umi pun fikir buat bengkang jer la. Kalau Allahyarhamah ibu mertua panggil bengkang sama juga dengan bonda umi pun panggil bengkang. 


Ada sahabat umi orang Filipina pula memanggi kuih ini bibingkang yang kebanyakannya dibuat menggunakan tepung beras pulut dan ada juga tepung ubi kayu. Tapi kalau bengkang ubi kayu ni dengan ubi kayu parut lagi sedap kan.


Resipi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan


Bahan-bahan

3 cawan ubi kayu yang telah diparut

1/2 cawan gula

1 1/2 cawan santan pekat

sedikit garam

sedikit pewarna kuning


Cara membuatnya:


  • Panaskan ketuhar 
  • Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
  • Masukkan loyang ke dalam ketuhar dengan suhu 200°C dengan api atas bawah dalam 1 jam - 1 jam 30 minit. Bahagian atas bengkang akan nampak keperangan atau seakan gelap.



  • Biarkan bingka di luar dalam 2 jam atau lebih sebelum dipotong dan sedia untuk dihidangkan.


Dulu umi pernah tengok ada resepi yang ubi kayu yang diparut ini ditapis dan buang airnya dan ada yang dibuang hampas, ambil air dan dicampur tepung tapi hanya pernah buat yang ditapis dan buang air dan campur dengan santan. Jadinya bengkang jadi agak keras. Tak cuba tak tahu kan!


Dan tak perlu leserkan minyak pada loyang kerana bengkang ubi kayu ni tidak akan melekat malah mudah untuk dipotong sekiranya kuih dimasak dengan baik dan disejukkan sebelum dipotong.



Catat Ulasan

0 Ulasan