Resipi Cucur Sayur Dengan Cili Cicah Istimewa

Dah lama tak buat cucur sayur ni tapi bila dah buat teringat waktu bekerja di bangunan Petronas Twin Tower 2, pasti umi akan masuk ofis dan turun balik untuk dapatkan sarapan di kedai makan yang terletak di kawasan BSN. Selain ada bubur nasi sedap, kat situ pun ada kuih muih dan cucur sayur yang seda


Cucur sayur tu dijual kalau tak silap umi 10 biji untuk RM1 dan ianya rangup. Sebenarnya tak banyak bahan pun dalam cucur sayur tu sepertimana yang kita boleh buat di rumah tapi waktu zaman bekerja dulu memang tak ada kesempatan dan kurang kerajinan.


Jadi bila dah tak kerja ni, bila teringat tu boleh buat sendiri dengan cara lebih mewah ikut selera sendiri kan. Jom memasak!

Cucur Sayur


Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung beras

1/2 cawan ikan bilis, ditumbuk

Garam

1 cawan air (anggaran)



Bahan-bahan (sayuran) dihiris

1 labu bawang besar

kobis

carrot

taugeh

kucai

2 tangkai cili merah

2 pokok daun ketumbar


Cara Memasak


  • Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk kunyit dan serbuk cili, gaul biar sebati.
  • Kemudian, masukkan kobis, lobak merah, bawang merah, kucai, taugeh, cili merah, dan daun ketumbar ke dalam mangkuk yang sama. Pastikan semua sayur-sayuran bersalut sebati.
  • Tambahkan air secara sedikit demi sedikit hingga sebati. Pastikan adunan tidiak terlalu cair.
  • Panaskan minyak dalam satu kuali dengan api sederhana. Ambil satu sudu adunan cucur sayur dan masukkan dalam kuali. Jangan masak terlalu banyak di dalam kuali.
  • Selepas beberapa minit, terbalikkan cucur sayur untuk memastikan ia menjadi garing dan keperangan.
  • Setelah cucur sayur berwarna kekuningan, angkat dan toskan minyak dengan tisu dapur. Sedia untuk dimakan.

Sos Cili Istimewa


Bahan-bahan

4 tangkai cili merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 sudu sos cili
daun ketumbar, dihiris halus
3 sudu cuka
Garam 
1 mangkuk air


Cara membuatnya :

Satukan bahan yang dikisar dan masukkan kedalam kuali bersama 1 mangkuk air, masak hingga agak kering. Masukkan cili sos dan cuka serta garam secukupnya. Masak seketika dan tutup api. Masukkan kedalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar.



Catat Ulasan

0 Ulasan