Resipi Nasi Goreng Sardin, Simple Dan Sedap

Nasi Goreng Sardin ni cukup mudah kerana tak perlu nak perisi ikan, cuma buka tin dan tumis atau kalau ada lebihan sardin semalam lagi mudah kerja, tu pun kalau sardin tu tak digunakan untuk dimakan bersama roti.

Nasi Goreng Sardin


Bahan-bahan:

Nasi sejuk

1 tin kecil sardin – beli online

segengam biji cili padi

2 biji telur

1 biji bawang merah besar 

4 ulas bawang putih 

Garam secukup rasa

Nasi

Sedikit kicap lemak manis 


Cara Memasak:

1.Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, cili padi hingga lumat. Kalau nak pedas, boleh tambahkan lagi cili api.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga  kekuningan  masukkan sardin tanpa sos dan goreng hingga nampak garing.goreng ikan sardin. Kacau kerap supaya ikan sardin tidak melekat. 


3. Masukkan telur, biar sekejap dan bila nampak kuning telur sudah masak, baru kacau dan sebatikan dengan sardin, kemudian masukkan sedikit kicap dan garam.


4. Masukkan nasi sejuk, kacau biar sebati. Guna api sederhana supaya nasi masak dengan sempurna dan mesra dengan sardin. Kacau kerap supaya tidak hangit.



5. Tambahkan kicap lemak manis supaya nasi nampak lebih menyelerakan. Gaul sebati dan biar  sekejap sebelum di tutup api.


Catat Ulasan

0 Ulasan