Resepi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap

Tak pasti kenapa bihun putih ni dipanggil bihun Singapore tapi umi dapat tahu bihun gini orang Singapore panggil bihun ni Bihun Goreng Siam. Entah apa kaitan sampai dipanggil sedemikian, tidak dapat diketahui. Setahu umi, Bihun Goreng Siam ni dimasukkan tauchu tu perbezaan yang ketara. 


Bihun Goreng Singapore





Nak lebih mudah, kita boleh panggil bihun putih jer lan kan atau ada panggilan lain dari yang mungkin umi tak tahu?

Bihun ini memang rasanya dan bahan yang membuat ia sedap semestinya penggunaan seafood seperti udang dan sotong. Warnanya yang putih tanpa pengunaan kicap mahupun cili kisar dan pedas dari lada hitam dan wangi dari  lada sulah. Lebih sedap kita letak cili kicap yang dipecah dengan jus limau kasturi yang membuat kita makan bertambah-tambah.  




Bahan-bahan:

1 bungkus bihun 
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam, potong dadu
3 batang fish cake, potong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
sawi, dipotong pendek
kobis bulat, dicincang kasar
karot, potong mancis
1 mangkuk taugeh
garam dan gula secukup rasa
minyak, untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk halus:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam

Bahan hiasan

daun bawang
bawang goreng

Cara Memasak:

  • Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Toskan dan letak tepi.
  • Panaskan minyak dantumis bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi ayam, dimasak hingga nampak kekuningan dan masukkan fish ball. Masukan lobak merah dan sayuran lain (kalau ada, kecuali tauge). Masak hingga nampak layu.
  • Masukkan kiub ikan bilis yang dilarutkan dalam air, kacau dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  • Masukkan bihun dan kacau sehingga mesra dan kacau sehingga bihun lembut dan sebati. Masukkan sedikit lada sulah, garam secukupnya. Bila bihun nampak dah lembut, masukkan tauge, gaulkan sekejap dan tutup api. 
  • Masukkan bihun di dalam bekas dan taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar


Tips:

Jangan masukkan terlebih air, bihun akan jadi lembik dan hancur.


Catat Ulasan

1 Ulasan