Resipi nasi goreng cendawan simply sedap sebab dibuat secara mudah tanpa banyak bahan, hanya cendawan tiram dan ayam. Selamat mencuba!
Nasi goreng cendawan ini, umi hidangkan bersama danmuji dan teh tarik untuk sarapan bersama suami sebelum dia keluar bekerja.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Isi ayam, dipotong kecil
Cendawan tiram, diarikkan menjadi halus
2 biji telur
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil lada sulah
Sayur kubis (hiris kasar)
Bahan hiasan
daun bawang, dihiris
bawang goreng
Bahan-bahan dikisar kering:
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam, goreng hingga kekuningan kemudian masukkan cendawan, diikuti telur, kacau hingga telur menjadi hancur dan sebati
3. Masukkan nasi yang telah dan kacau sehingga semua bahan menjadi sekata dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan sos ikan serta serbuk lada sulah dan kacau dalam 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering . Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng (jika ada)
Baca Juga : Resipi Nasi Goreng
1 Ulasan
wahhh sedapnya!! my fav ni!
BalasPadam