Ikan pari ni memang kesukaan anak-anak lebih-lebih lagi Angah Ammar tak kira dimasak apa sekalipun hanya digoreng. Kalau Allahyarham abah dulu memang suka makan gulai ikan pari yang dimasak oleh bonda.
Tahu tak dah jadi kelaziman untuk umi hidu ikan pari sebelum dibeli untuk memastikan ikan tidak berbau hancing sebab kalau hancing memang masak apa pun tiada siapa yang lalu nak makan. Ada orang bagi pelbagai petua untuk hilangkan hancing tapi umi tetap akan hidu ikan sebab harga ikan pari sekarang ni bukan murah macam dulu.
Nak sedap, kenalah tau cara nak dapatkan ikan yang berbau segar dan sedap dimakan bila sudah dimakan kan.
Baca Juga : Gulai Ikan Nyok Nyok
Bahan-bahan:
2 potong ikan pari, dikerat 4 (ikut kesukaan)
3 sudu rempah kari ikan Mak Siti
250 ml santan segar
½ cawan air
1 mangkuk jus asam jawa
5 batang bendi
3 biji tomato, di belah 4
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Bahan ditumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Cara Membuatnya:
- Rempah dicampur dengan air (dalam ¼ cawan) dan jus asam jawa dengan diletakan sedikit bawang yang ditumbuk dan dikacau hingga sebati. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan halba campur.
- Masukkan rempah, dikacau selalu untuk pastikan rempah tidak melekat dan hangit, kemudian letakkan daun kari dan kacau.
- Bila pecah minyak, masukkan santan yang telah dicampur air asam jawa. Tambah air supaya kuah tidak terlalu pekat.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan, bila ikan nampak hampir masak, masukkan bendi dan tomato. Masak hingga nampak layu, masukkan garam dan bolehlah ditutup api.
Nota : Gulai ikan pada umi harus lebih masam dan tidak pekat.
Baca Juga :
0 Ulasan