Resipi Kerang Masak Bercili yang jadi kegemaran anak-anak ni cukup mudah untuk disediakan. Selalunya habibi akan beli kerang laut yang lebih sedap rasanya berbanding kerang bela.
Bahan-bahan:
1 kg kerang
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu serbuk perasa
1-2 batang serai, dititik
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar kering:
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi merah
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Baca Juga : Resipi Kekapis Goreng Bercili
Cara Memasak:
- Didihkan air dan masukkan kerang yang telah dicuci bersih. Masak selama 3 minit tapi jangan sampai kerang terbuka.
- Toskan kerang dan masukkan ke dalam bekas berisi ais. Kopek kulit kerang dan tinggalkan sebelah sahaja.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai yang diketuk hingga naik bau.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, dan cili padi). Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili, dan serbuk perasa. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan kerang dan kacau hingga kerang bersalut dengan sambal. Tutup api, angkat dan hidangkan.
0 Ulasan