Resipi Daun Keledek Goreng Bercili

Daun keledek ni lebih sedap rasanya berbanding sayur kangkung dan ianya sayur favorite Allahyarham abah dan bonda juga kami adik beradik. Kalau dapat daun keledek goreng bercili dengan telur ni memang tak pandang lauk lain dah.


daun keledek goreng


Bahan-bahan

1 ikat daun keledek

2 sudu cili kisar

3 ulas bawang merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dihiris

1 biji telur

1 keping asam gelugur



Cara Penyediaan:

  • Pisahkan daun keledek dari batang (ambil yang muda), cuci bersih dan rendam dengan air garam selama 10 - 15 minit untuk membuang ulat atau kotoran dari yang melekat. Bilas dan toskan.

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

  • Masukkan asam gelugur, kacau seketika dan masukkan daun keledek, kacau dan biarkan daun menjadi layu.

  • Pecahkan telur ke dalam sayur dan biarkan masak, kemudian di kacau biar sebati. Biarkan sekejap dan sedia untuk dihidang.


Catat Ulasan

0 Ulasan