Bahan-bahan
500 gm daging pejal campur daging lemak timbul
2 batang lobak merah, dipotong
1 peket rempah kari ikan
3 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
3 cm halia, dihiris halus
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
- Daging dipotong kecil (ikut kesukaan) dan kemudian dibasuh. Toskan
- Campurkan rempah kari ke dalam bekas berisi daging, gaul biar diperap dalam 5 minit atau masukkan rempah kari ke dalam bekas, masukkan air supaya menjadi pes.
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan, kemudian masukkan daun kari
- Masukkan daging dan bahagian lemak timbul yang diperap dengan rempah kari, dimasak hingga nampak daging masak.
- Bila daging nampak kecut dan pecah minyak, masukkan santan, kacau biar sebati. Bila kuah mula mendidih, masukkan lobak merah dan garam secukupnya. Kacau kuah dan bila daging serta lobak merah telah empuk, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota
Kalau tengok hampir kesemua resepi kari daging atau kari ayam, saya gunakan rempah kari ikan sebab rempah kari daging ni kerana pada hemat saya, rempah kari daging ni agak kuat dengan bau kulit kayu manis.
Apa pun masakan kita, jadi kita ikut selera kita dan kalau suami dan anak-anak suka, tu dah jadi semangat untuk kita terus memasak kan.
1 Ulasan
nampak sangat sedap.. ldy x pernah masak gulai ayam atau daging atau ikan.. boleh dicuba nanti.. ldy br tahu kari ikan boleh dibuat juga untuk daging..
BalasPadam