Bahan Utama
6 biji telur
2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
1 batang karot
1-2 biji kentang
2 keping asam gelugor
2 biji cili hijau atau merah
1 biji tomato, belah 4
1 biji bawang besar, potong 6
1 senduk minyak masak
Bahan Tumbuk Kasar/Hiris
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Rempah Tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
1. Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur dan digoreng hingga kekuningan. Kalau tak nak goreng pun boleh,.
2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan rempah, dan bahan-bahan tumbuk kasar/hiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan pes rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Tambah air sedikit supaya rempah tidak hangit.
4.Masukkan telur, kentang, karot (kalau ada) dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk
5. Masukkan santan pekat, cili, dan bawang besar Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa.
Nota :
Kalau nak ikut style mamak, boleh taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sewaktu dihidang.
0 Ulasan