Tip Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Dan Berjus

Tak perlu guna daging batang pinang, ikut resipi ini supaya daging yang dimasak lembut, sedap dan berjus



Bahan-bahannya:

400gm daging 

2 labu Bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci Halia

1 sudu rempah sup

1 sudu rempah kurma

Serbuk kunyit

garam


Cara Penyediaan 

1. Perap daging bersama bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit. Gaul sebati.

2. Panaskan minyak dan goreng daging perap tadi dalam 5 minit. nak bagi air daging keluar dulu.  Pastikan semua bahagian daging dah pucat. Masukkan garam, dan pastikan semua bahan digaul rata. Tutup kuali.



3.  Bila tiba waktu memang, buka api dan sambung memasak daging. Tambah 1 mangkuk kecil air. Masak dengan api besar.

4. Bila air dah kering, tambah lobak merah, kentang (kalau suka) dan bawang besar. Bila dah nampak semuanya layu, boleh ditutup api. Siap untuk dihidangkan


Nota : Daging yang dimasak dna dibiarkan terperap dalam kuali tu, akan melalui proses melembutkan urat-urat daging. Isi daging lebih berjus dan manis.




Tips penting:

  • Jangan masak semasa daging ketika masih beku dan sejuk
  • Jangan masak menggunakan api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
  • Kalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap, kena perap dulu dengan bawang putih, halia dan rempah


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan