Sup Daging Simple
Bahan-bahan
500 gram daging, potong kecil
2 batang celery
2 biji tomato, dipotong baji
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih diketuk
2 cm halia, dihiris nipis
3 tangkai daun sup, hiris halus
5 tangkai cili api thai
rempah 4 beradik
garam secukup rasa
Bahan Tambahan
Bawang goreng
Daun bawang, dicincang
Perahan air limau
Car Penyediaan
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga harum. Tumis sekali rempah empat beradik untuk naikkan bau yang lebih beeraroma.
2. Masukkan daging yang telah dipotong dan goreng sebentar sehingga bahagian luarnya berubah warna.
3. Tuang air ke dalam periuk sehingga semua bahan tenggelam. Masukkan kiub pati ayam atau sup bunjut (kalau ada)
4. Masak sehingga sup mendidih, masukkan celery, cili api dan tomato. Kecilkan api dan biarkan sup direneh selama 1-1.5 jam atau sehingga daging empuk dan lembut.
5. Perasakan dengan garam, gula dan teruskan memasak selama 5-10 minit lagi. Jika anda mahu ada rasa masam-masam, masukkan perahan air limau nipis semasa menghidang. Masukkan daun sup dan awang goreng dan daun bawang.

0 Ulasan