Lauk yang cukup simple tanpa lauk lain pun boleh buat nasi dalam pinggan bertambah, nak-nak makan dengan nasi panas.
Bahan-bahan
3 batang terung panjang, dipotong serong
1 mangkuk ikan bilis, digoreng
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kering
8 tangkai cili merah + 2 cili hijau
5 tangkai cili api merah
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Memasak
- Cuci terung dibelah dua dan dihiris menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, diangkat dan letak tepi. Dengan minyak yang sama goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau. Buang minyak sekiranya minyak tumisan terung tu terlalu banyak.
- Masukkan asam gelugur, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sekejap dan kemudian masukkan terung atau tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi.
- Bila dah agak kurang panas, masukkan ikan bilis yang digoreng, kacau dan sedia untuk.dihidang

0 Ulasan