Resepi Lemon Chicken Yang Sedap Memikat | Resepi ayam yang lebih pada lebih kepada try and error mengikut taste bud semasa merasai lemon chicken di sebuah restoran tak lama dulu. Memang terus jatuh cinta dan mencuba. Alhamdulillah memang menjadi dan sedap sungguh.
Resepi Lemon Chicken Yang Sedap Memikat |
Bahan-bahan:-
Ayam - terpulang nak banyak mana, diperap dengan sos tiram
Daun bawang / daun sup
1 biji bawang kuning atau merah
2 potongan nipis buah lemon
Bancuhan tepung
1 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (jangan terlalu cair dan terlalu pekat)
sedikit garam
secubit lada putih
(ada orang letak baking powder dlm 1/2 sudu - terpulang ikut citarasa ya)
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Sos Lemon
3 sudu gula
1/2 kiub ayam dibancuh dengan 1 cawan air (kalau ada chicken broth pun lagi sedap)
2 sudu perahan lemon
sedikit garam
Nota : ada yang suka letak pewarna kuning, boleh je kalau nak
Cara penyediaan :
- Perap potongan ayam lebih kurang 30 minit
- Bancuh bahan-bahan tepung hingga sebati. Panaskan kuali yang berisi minyak. Celupkan potongan ayam kedalam bancuhan tepung dan goreng ayam hingga masak dan bertukar warna agak perang. Ulang hingga semua ayam habis digoreng
- Masukkan semua bahan untuk membuat sos kedalam mangkuk besar dan digaul hingga sebati
- Panaskan minyak dan masukkan bahan untuk sos dan dikacau seketika dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak pekat dan letakkan kepingan lemon untuk seketika dan tutup api.
- Tuang sos keatas ayam dan kalau tak suka ayam tu nanti lembik, asingkan dan masukkan bila sudah sedia untuk dimakan. Siap!
1 Ulasan
ayam lemon ni mmg sedap... rasa masam dan manis dalam masakan ni membangkitkan selera.
BalasPadam